Depan ] eKamus Kayan ] Panduan ]

 

 

Panduan dan Bantuan  Ringkas eKamus   

Pengenalan

Perisian Kamus ini telah direka khas untuk pemahaman yang mudah kepada pengguna di semua peringkat umur yang memiliki sedikit pengetahuan komputer sehingga yang amat berpengetahuan dalam komputer. Kamus telah teruji dan berfungsi dengan baik dalam sistem MS Windows 95, MS Windows 98, MS Windows ME, MS Windows XP dan MS Windows 2000. Kamus ini hasil titik peluh saya sendiri daripada pengaturcaraan dan modifikasi. Melalui penggunaan kamus elektronik ini, anda dapat serba sedikit mempelajari perkataan Bahasa Kayan. Mudah sahaja... Anda pindah-turunkan ke dalam komputer anda dan klik atas fail tersebut. Kemudian ikuti arahan-arahan seterusnya. Selepas kurang daripada 3 minit, satu kamus elektronik telah tersedia untuk digunakan!

Kegunaan

Perisian Kamus ini digunakan untuk merujuk perkataan Bahasa Kayan daripada Bahasa Melayu/Malaysia. Dengan kata-kata lain, gunakan kamus ini untuk membuat alihbahasa daripada Bahasa Melayu/Malaysia kepada Bahasa Kayan. Terdapat juga contoh ayat bagi setiap contoh perkataan bagi membolehkan pengguna mendapat gambaran tentang kegunaan perkataan tersebut.

Pemasangan

Pindah-turun fail pemasangan eKamus. Ikuti cara memasangnya seperti berikut: 

"Save"kan di mana-mana dalam komputer anda. Saya cadangkan "Desktop" agar anda senang mencarinya kemudian. 

Run atau klik ke atas fail pemasangan eKamus yang anda pindah-turun tadi. Bravo! Siap untuk digunakan!

Selepas memindah-turun kamus, klik di sini untuk mendapatkan bahan sokongan(Tidak wajib. Akan datang...).

Cara menggunakannya

Perisian ini tidak jauh bezanya dengan perisian-perisian lain yang pernah anda gunakan. Cuma Start-Programs-Kamus Kayan-Kamus Kayan. Itu sahaja. Persoalan lain seperti antara-muka dan sebagainya akan terjawab dengan sendirinya. Selamat Berjaya Menguasai Bahasa Kayan dan beritahulah rakan-rakan anda! 

Jika anda menghadapi masalah dalam pemasangan kamus ini ke sistem anda, sila maklumkan kepada saya. 

Kamus ini teruji dalam Sistem:

Microsoft® Windows™ 95 

Microsoft® Windows™ 98 

Microsoft® Windows™ Me 

Microsoft® Windows™ 2000 

Microsoft® Windows™ XP 

 

Apa tunggu lagi! Kelebihannya akan terjelas dengan sendirinya apabila anda menggunakannya. Isi maklumat yang diperlukan dan pindah-turun ke komputer anda. Maklumat yang anda beri adalah sulit dan untuk tujuan penggunaan antara AidaRahman.net dan anda sahaja dan maklumat anda tidak akan dijual.

 

Klik di sini untuk memindah turun...

 

 
     Ke atas | Mukadepan  | Hubungi

                          © Hakcipta Terpelihara 2004-2006  AidaRahman.net.